Jurulatih Felcra FC, Tarcisio Pugliese Barbulio, mengakui ketiadaan ketajaman dalam jentera serangan membuatkan pasukannya gagal menambah jaringan ketika seri 1-1 dengan Sabah dalam Liga Perdana di Stadium Shah Alam, semalam.
Bagaimanapun, dia meluahkan kebanggaan selepas menyaksikan anak buahnya bijak mengawal pelawat yang turut mengasak hebat ke arah kubunya.
Ia bukan rumusan keseluruhan pasukan Felcra kerana Barbulio menegaskan masalah jentera serangan akan diatasi segera memandangkan mereka kini dalam proses penambahbaikan kualiti dari sesmasa ke semasa.
"Ia semuanya melibatkan latihan dan masa. Kami adalah pasukan baru. Ini penampilan pertama pasukan dalam Liga Super dan kebanyakan pemain juga bermain buat kali pertama dalam liga ini.
"Kebanyakan mereka juga masih tidak mengenali satu sama lain," kata Barbulio.
Sementara itu, jurulatih Sabah, Jelius Ating, melihat kepenatan pemain akibat tempoh perjalanan lama menjadi punca aksi longlai mereka, terutama pada babak kedua perlawanan.
"Kami perlu terbang jauh untuk ke sini. Jadi, kami kekurangan masa untuk berehat. Saya melihat pemain saya sedikit keletihan," katanya.