Tidak termasuk dengan laporan koleksi kereta mewah dan pembelian rumah serta memiliki beberapa barangan berjenama termasuk penajaan terkemuka.
Namun, kontrak yang tidak diketahui kuantiti jelas semestinya bernilai jutaan ringgit untuk seorang pemain bertaraf dunia dan bermain di pasukan terkemuka.
Difahamkan, isterinya akan mewarisi nilai kekayaan sebanyak RM200 juta secara keseluruhan termasuk hasil daripada kontrak Jota yang masih berbaki dua tahun lagi, tetapi belum dipastikan anggaran sebenar dan kepastian berita itu.
Ini bermakna, isteri dan anak-anaknya akan menerima peninggalan Jota serta mewarisi legasi yang cukup besar pada masa akan datang.
Pemain kebangsaan Portugal itu turut menerima bayaran daripada jenama sukan antarabangsa, Nike, EA Sports (syarikat e-sukan global) dengan sejumlah melebihi RM3 juta.
Porsche 911 Turbo S, Ferrari 488, Audi Q7 dan Mercedes-Benz G63 AMG dikatakan antara kenderaan mewah dimiliki Jota.
Terdahulu, Jota bersama adiknya, Andre, telah meninggal dunia susulan kereta Lamborghini yang dipandunya terbabas di utara Sepanyol.
Dalam masa sama, nombor jersinya, 20, telah diabadikan sepanjang hayat oleh pengurusan sebagai tanda penghormatan dan tiada pemain lain boleh memakainya.
Untuk rekod, Jota merupakan bintang sensasi yang sentiasa menjadi sandaran utama. Dia mencatatkan 182 penampilan bersama The Reds dan menjaringkan 65 gol setakat ini.
Sementara itu, di peringkat antarabangsa, dia bersama Portugal melakukan 49 penampilan dan menyumbat 14 gol.
Selain itu, Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Piala Liga Inggeris (EFL) dan kejohanan domestik merupakan antara kejayaan Jota dalam karier.