Mario Balotelli telah menandatangani kontrak yang tidak didedahkan nilai dan tempoh bersama kelab asalnya, Brescia.
Pemain Itali itu merupakan ejen bebas selepas tempoh singkat bersama Olympique Marseille tamat dan perbincangan dengan kelab Brazil, Flamengo, pula gagal mencapai kata sepakat.
Namun, Presiden Brescia, Massimo Cellino, memberitahu Gazzetta Dello Sport bahawa Balotelli jelas menunjukkan keinginan untuk ke Stadium Mario Rigamonti pada12 Ogos lalu, iaitu tarikh hari lahirnya yang ke-29.
"Pada hari tersebut, dia memberitahu keinginan untuk pulang ke bandarnya," kata Cellino.
"Memang wujud beberapa spekulasi yang mengelirukan kerana tiada perjanjian bertulis dan Flamengo pula telah bergas ke Monte Carlo untuk memintas rundingan kami."
Balotelli menyumbat lapan gol dalam 15 penampilan di pentas Ligue 1 musim lalu tetapi kegagalan Marseille mara ke Liga Juara-Juara Eropah memaksa mereka merendahkan bajet untuk gaji pemain, sekali gus membiarkannya keluar daripada kelab.
Sebelum berpindah ke Stade Velodrome, Balotelli menyinar selama dua tahun enam bulan di Nice, di mana dia menyumbat 33 gol dalam saingan liga menerusi 51 penampilan sebelum melalui permulaan sukar bagi musim 2018-19.
Cellino meletakkan harapan tinggi buatnya di Brescia, apabila berkata: "Saya miliki perasaan yang bagus.
"Saya pasti Balotelli akan berikan segalanya dan terus berusaha menamatkan kesukaran di depan gawang.
"Itu juga cara untuk dia berterima kasih kepada Brescia, yang begitu rapat dengan saya. Saya tidak akan bercakap tentang wang tetapi proses itu melibatkan jumlah yang banyak."
Balotelli berpeluang melakukkan penampilan pertama buat Brescia yang baru dinaikkan ke Serie A apabila memulakan kempen liga menentang Cagliari, Ahad ini.