Ballon d'Or: Jude Bellingham dinobat pemenang Trofi Kopa
Muzaffar Musa
Oktober 31, 2023 09:56 MYT
Oktober 31, 2023 09:56 MYT
Perkembangan pesat yang terus ditunjukkan Jude Bellingham menyaksikan pemain tengah itu dinobatkan pemenang Trofi Kopa sebagai pemain di bawah usia 21 tahun terbaik dunia dalam Majlis Anugerah Ballon d'Or awal pagi tadi.
Tonggak Real Madrid dan England berkenaan menjulang trofi itu di Perancis, di mana pemain berusia 18 tahun itu turut menduduki tempat ke-18 keseluruhan bagi kategori utama, Ballon d'Or.
Bellingham telah menjaringkan 13 gol daripada 13 penampilan sejak menyertai Madrid musim panas lalu, termasuk dua gol ketika mengetuai kemenangan 2-1 pasukannya dalam aksi El Clasico menentang Barcelona hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, anugerah berkenaan diterimanya atas prestasi luar biasanya musim lalu, di mana dia membantu Borussia Dortmund menduduki tangga kedua Bundesliga selain membintangi aksi England dalam Piala Dunia di Qatar.
"Saya mahu berterima kasih kepada semua yang membantu saya ke tahap ini -- dari Birmingham ke Dortmund dan kini bersama Real Madrid dan pasukan kebangsaan.
"Terima kasih atas segala sokongan, ia amat bermakna, banyak lagi akan tiba selepas ini," katanya.
Jude Bellingham won the 2023 Kopa Trophy, congrats ?#ballondor pic.twitter.com/Od05dyIecy
— Ballon d'Or #ballondor (@ballondor) October 30, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.