Skip to main content

Bola Sepak

Ballon d'Or: Courtois menang Yashin Trophy selaku penjaga gol terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thibaut-courtois.jpg
Thibaut Courtois dinamakan sebagai penjaga gol terbaik dunia oleh France Football bagi membawa pulang Yashin Trophy dalam majlis Ballon d'Or di Paris awal pagi tadi.

Anugerah itu, yang diberikan kepada penjaga gol terbaik sepanjang musim 2021-22, menjadi milik Courtois dengan mengetepikan Alisson, Ederson, Edouard Mendy dan Mike Maignan.

Penjaga gol Liverpool, Alisson, muncul kedua terbaik di belakang Courtois, yang memacu kemenangan Real Madrid ke atas The Reds dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Paris musim lalu.

Selain memenangi Yashin Trophy, penjaga gol Belgium itu turut menduduki tangga keenam dalam undian finalis Ballon d'Or.

Courtois melakukan sembilan aksi menyelamat -- rekod tertinggi dalam satu perlawanan final sejak data Opta mula dikumpulkan musim 2003-04 --     sewaktu memastikan kemenangan 1-0 pasukannya.

Madrid juga memenangi LaLiga musim lalu, sekali gus menjadi musim terbaik Courtois sepanjang kariernya.

Gianluigi Donnarumma memenangi Yashin Trophy edisi 2021 selepas membantu kejayaan Itali dalam Euro 2020 tetapi tidak berada dalam senarai 10 terbaik tahun ini.
 

Advertisement

Must Watch Video