BOLA SEPAK
Ballon d'Or akan mula dianjurkan bersama UEFA
Anugerah Ballon d'Or berprestij itu akan dianjurkan bersama oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mulai tahun depan.
Badan induk bola sepak Eropah itu telah capai persetujuan dengan Group Amaury, pemilik syarikat media France Football and L’Equipe, untuk tingkatkan taraf dan jangkauan global anugerah itu.
Bintang Argentina, Lionel Messi memenangi gelaran Ballon d'Or kelapannya awal minggu lalu selepas mengemudi negaranya dengan gemilang meraih trofi Piala Dunia tahun lepas, manakala bintang sensasi Sepanyol di Piala Dunia, Aitana Bonmati mengungguli kategori wanita.
Iklan
Ballon d'Or: Lionel Messi cipta sejarah dengan gelaran kelapanhttps://t.co/KSABHcLfNv— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 31, 2023
Penggabungan anugerah itu bermakna berakhirnya anugerah UEFA yang diberikan pada Ogos setiap tahun, kecuali Anugerah Presiden yang masih akan disampaikan bersama cabutan undian Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Liga Conference Europa.
Masih terdapat penghargaan buat pemain terbaik dalam setiap pertandingan kelab UEFA, yang ditentukan oleh kumpulan kajian teknikalnya dan diumumkan dalam beberapa hari selepas perlawanan akhir setiap pertandingan.
Di bawah kerjasama baharu itu, UEFA berkata semua anugerah sedia ada Ballon d'Or akan kekal dengan penambahan anugerah jurulatih lelaki dan wanita terbaik.
Must-Watch Video