Ballon d'Or: Aitana Bonmati ungguli kategori wanita

Muzaffar Musa
Oktober 31, 2023 10:20 MYT
Pemain tengah Barcelona dan Sepanyol, Aitana Bonmati, mengungguli kategori wanita Anugerah Ballon d'Or di Perancis awal pagi tadi.
Pemain berusia 25 tahun itu menikmati tahun terbaiknya di peringkat kelab dan antarabangsa, di mana dia memenangi saingan liga dan Liga Juara-Juara (UCL) Wanita sebelum memainkan peranan penting ketika membantu Sepanyol memenangi Piala Dunia Wanita -- turut memenangi Anugerah Bola Emas kejohanan itu.
Bonmati mengatasi bintang Chelsea dan Australia, Sam Kerr, yang menduduki tangga kedua, sambil rakan sepasukannya di Barcelona, Salma Paralluelo, menduduki tempat ketiga.
Dua pemain England, yang membantu Lionesses layak ke final Piala Dunia, iaitu Mary Earps dan Rachel Day, turut berada dalam kelompok 10 terbaik, masing-masing di tempat kelima dan ke-10.

Aitana, it's your moment! #ballondor pic.twitter.com/S1ZsL02hm7

— Ballon d'Or #ballondor (@ballondor) October 30, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Barcelona #Ballon d'Or #Aitana Bonmati
;