UCL
Bale, James terpinggir, Isco, Ramos, Marcelo kembali
Gareth Bale dan James Rodriguez tidak tersenarai dalam skuad Real Madrid menjelang pertemuan dengan Club Brugge dalam Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu awal pagi esok.
Madrid dibelasah 0-3 oleh Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A bulan lalu dengan Bale dan James, kedua-duanya disenaraikan dalam kesebelasan utama di Parc des Pinces.
Jaringan Bale tidak dikira selepas Angel Di Maria meletakkan PSG dengan kelebihan dua gol.
Iklan
Dia kemudian dikeluarkan tidak lama selepas James digantikan dengan Luka Jovic.
Madrid mengesahkan Bale dan James -- yang diturunkan ketika menentang Atletico Madrid dalam aksi domestik -- tidak tersenarai dalam skuad bimbingan Zinedine Zidane itu bagi menghadapi kunjungan Brugge manakala Rodrygo Goes akan turut terlepas aksi berkenaan.
Eden Hazard dan Karim Benzema terpilih untuk bersama Vinicius Jr. di jentera serangan, termasuk Marcelo, yang tidak tersenarai dalam aksi 'derby' Ahad lalu.
Sergio Ramos dijangka kembali dalam saingan Liga Juara-Juara selepas dipinggirkan ketika menentang PSG gara-gara penggantungan perlawanan manakala Isco pula sudah pulih daripada kecederaan paha yang dialaminya sejak Ogos lalu.
Must-Watch Video