Skip to main content

Bola Sepak

Baki 2 tahun kontrak Diogo Jota jadi manfaat buat keluarga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jota.jpg
Liverpool berhasrat untuk membayar baki dua tahun kontrak Diogo Jota kepada keluarganya sebagai tanda meringankan beban dan menganggap ia cara terbaik untuk membantu.

Menurut sumber, ahli keluarga, isteri dan anak-anak pemain kebangsaan Portugal itu akan menerima manfaat dan mendapat penghargaan khas dari The Reds susulan kematian mengejut pemain berusia 28 tahun itu. 

Ini sekali gus, menyaksikan pendidikan anak-anaknya akan dibayar oleh juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, selain keluarga mendapat 'pampasan'. 

 

Peminat mengalu-alukan inisiatif tersebut sambil memuji tindakan Liverpool yang bersikap prihatin terhadap keluarga Diogo Jota.

Penyerang itu tiba di Anfield dari Wolves pada 2020 dan menandatangani kontrak terbarunya pada Ogos 2022.

Dalam masa sama, nombor jersinya, 20, telah diabadikan sepanjang hayat oleh pengurusan sebagai tanda penghormatan dan tiada pemain lain boleh memakainya.

Terdahulu, Jota bersama adiknya, Andre, telah meninggal dunia susulan kereta Lamborghini yang dipandunya terbabas di utara Sepanyol.

Advertisement

Must Watch Video