Bakal kemudi Terengganu? Ini jawapan Tan Cheng Hoe

Saufi Tahir
Oktober 8, 2024 16:31 MYT
Bekas ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, menafikan dakwaan dia akan mengisi 'kerusi panas' yang ditinggalkan Tomislav Steinbruckner untuk mengendalikan Terengganu bagi menghadapi baki saingan Liga Super 2024/25.
Ketika ini, Badrul Afzan bertindak selaku jurulatih sementara Skuad Penyu itu sejak jurulatih dari Croatia berkenaan mencapai persetujuan melepaskan jawatannya secara persetujuan bersama.

"No offer", Tan Cheng Hoe difahamkan tidak kekal bersama Police Tero. Kelab berkenaan kembali menggunakan jurulatih tempatan susulan tersingkir ke Thai League 2. ?@ASTROARENA pic.twitter.com/PjZY8aZ3Ew

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut mengikuti proses berkenaan ialah dua staf di barisan kejurulatihannya, iaitu Ivica Vranjes (penolong jurulatih) dan Hrvoje Bradasic (jurulatih kecergasan).
"Saya pun tak tahu apa berita pun dan saya tak dengar apa-apa berita dari Terengganu FC. Jadi saya fikir itu khabar angin sahaja" katanya kepada sebuah akhbar tempatan hari ini.
Untuk rekod, jurulatih berusia 56 tahun itu sebelum ini melatih kelab Thailand, Police Tero, di mana kelab berkenaan tersingkir ke liga divisyen dua Thailand selepas hanya mengumpul 28 mata selepas 30 perlawanan.
#bola sepak #Tan Cheng Hoe #Terengganu #Liga Super 2024/2025
;