Skip to main content

Bola Sepak

Baiki tangga liga, tiada pujian buat import baru -- David Usop

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

david-usop-ronny-harun-250517.jpg
Sarawak akhirnya naik satu anak tangga dan berkongsi 11 mata dengan tiga pasukan lain dalam kedudukan terkini hasil keputusan Liga Super malam tadi.

Kejayaan itu diperolei apabila anak-anak buah David Usop itu mencuri satu mata setelah mengikat The Bos Gaurus tanpa jaringan di Stadium Perak.

Sarawak yang menurunkan dua awang import baharu, Milos Raicovic dari Montenegro dan Sahil Suhaimi dari Singapura jelas menunjukkan peningkatan, namun masih gagal menghasilkan percubaan tepat.

Dalam keadaan hujan sepanjang perlawanan dan padang becak menjadi faktor yang merencatkan seluruh aksi.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan Ngap Sayot, terutama penjaga gol, Shahril Sa'ari, yang berjaya menepis begitu banyak asakan, terutama percubaan tepat Hafiz Kamal dan Yashir Pinto.

David Usop ketika dihubungi mengakui situasi padang becak amat mengganggu strategi kedua-dua pasukan.

"Kedua-dua pasukan beraksi seimbang dan sering melancarkan serangan, namun keadaan padang menyebabkan banyak hantaran tersekat.

"Mereka baru tiga hari bersama pasukan dan masih banyak yang perlu diperkemas," katanya.

Menurutnya lagi, kedua-dua pemain import baharu yang ditampilkan bermain agak baik, namun masih terlalu awal untuk dihamburkan pujian.

David turut memuji prestasi Shahril dan barisan pertahanan yang dapat mengekang percubaan berbahaya anak-anak buah Mehmet Durakovic.

Sementara itu, kepantasan pemain-pemain muda Sarawak seperti Abdul Rahim Abdul Razak dan Tommy Mawat Mada amat membantu Mateo Roskam dan Sahil mengucar-ngacirkan kubu lawan.

Katanya, rehat panjang sepanjang Ramadan ini akan digunakan untuk memperkemaskan bahagian serangan, khususnya sentuhan penyudah sebelum aksi bersambung semula pada Julai depan.

 

Advertisement

Must Watch Video