Bahrain vs Indonesia: Info Siaran Langsung & Live Streaming Kelayakan Piala Dunia 2026

Afiq Azfar
Oktober 10, 2024 12:05 MYT
Bahrain dan Indonesia akan membuat perhitungan dalam aksi ketiga Kumpulan C Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Nasional Bahrain, awal pagi esok.
Bahrain kini menduduki tangga ketiga kumpulan selepas 2 perlawanan dengan mengumpul 3 mata, manakala Indonesia di tangga keempat kumpulan dengan 2 mata selepas 2 perlawanan.
Bahrain sebelum ini berjaya meraih kemenangan 1-0 menentang Australia, namun tewas dibelasah Jepun 0-5 dalam aksi kedua kumpulan.
Bagi Indonesia, mereka berada dalam motivasi terbaik setelah dua perlawanan tanpa kalah, dengan mencatat keputusan seri menentang Arab Saudi dan Australia.

Bahrain vs Indonesia: Info Siaran Langsung & Live Streaming

Tarikh: Jumaat, 11 Oktober 2024
Masa: 12 pagi
Saluran: Astro Arena 2 802, Astro GO & sooka
Venue: Stadium Nasional Bahrain
#Indonesia #Bahrain #kelayakan Piala Dunia
;