LA LIGA

Bahan jenaka United, kini wira di Seville -- Real Betis dalam usaha tandatangani Antony secara tetap

Stadium Astro
Ammar Hakim
07/04/2025
03:33 MYT
Sponsor Banner
Bahan jenaka United, kini wira di Seville -- Real Betis dalam usaha tandatangani Antony secara tetap
Pengarah sukan Real Betis, Manu Fajardo, dalam perbincangan dengan peluang kelab untuk menandatangani Antony secara tetap dari Manchester United apabila pemain sayap itu terus menyertai di Sepanyol.
Antony menjadi pemain pilihan di Seville selepas membuktikan dirinya sebagai kunci pasukan untuk layak ke Liga Juara-Juara dan takhta Liga Conference Europa musim ini.
Betis telah menang enam daripada sembilan aksi LaLiga di mana pemain kelahiran Brazil itu turun beraksi dan berjaya mengekang pendahulu, Barcelona untuk berpuas hati dengan keputusan seri Sabtu lalu.
Kelab Sepanyol itu telah menjelaskan pendiriannya mereka untuk menandatangani pemain sayap itu.
Bercakap sebelum aksi bertemu Barcelona, Fajardo memberitahu Movistar LaLiga TV, "Masih awal, tetapi kami akan cuba dengan cara yang berbeza untuk melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Antony kekal."
Manchester United mungkin berasakan ini sebagai peluang yang baik untuk mendapatkan kembali sebahagian wang mereka kepada pemain berusia 25 tahun itu, setelah membayar GBP86 juta untuk menandatanganinya dari Ajax pada 2022.
Antony telah menghasilkan lapan sumbangan gol dalam 13 penampilan untuk Betis sejak berpindah dari United secara pinjaman, yang merangkumi empat gol dan empat bantuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video