Skip to main content

Bola Sepak

Bagaimana nak jual, KL Rovers bukan milik KLFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-rovers.jpg
Pengurusan Kuala Lumpur (KL) Rovers FC mempersoalkan hak Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk menjual kelab itu sedangkan ia adalah ahli gabungan sejak tahun 2021.

Malah, 100 peratus saham kelab itu dimiliki oleh sebuah syarikat sejak awal Februari lalu dan bukannya milik KLFA.

Ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Aznor Dzulkarnain Aziz, berkata proses rundingan pemilikan kelab itu sudah bermula pada Disember lalu dan dimuktamadkan bulan lepas sebelum KL Rovers memohon lesen kelab.

“Bagaimana KLFA mahu jual KL Rovers. Kelab ini adalah ahli gabungan sejak 2021 tetapi bukan milik persatuan itu.

“KL Rovers milik sebuah syarikat yang mana proses rundingan, penjualan serta pemilikan sudah berlaku sejak Disember 2023 dan dimuktamadkan Februari lalu,” katanya.

Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad, pada Jumaat lalu meluahkan hasrat untuk menjual KL Rovers bagi menampung tunggakan gaji pegawai dan pemain KL City FC selama dua bulan yang mencecah RM2 juta.

Aznor menjelaskan, kenyataan tersebut mencetuskan kekeliruan dalam kalangan bakal pelabur yang berpotensi dan penaja untuk bekerjasama dengan KL Rovers.

“Kami terbuka untuk berunding dengan mana-mana pihak yang berhajat memiliki saham syarikat.

“Ada beberapa entiti yang berminat, namun apabila timbul cerita ini, ia mencetuskan persoalan dalam kalangan pelabur berpotensi,” katanya.

Justeru Aznor menegaskan KLFA mungkin boleh menuntut kos berkaitan penggunaan secara bersama fasiliti KL City sejak 2021 yang dianggarkan berjumlah RM500,000 -- bukan jutaan ringgit seperti diuarkan.

Dalam pada itu, Aznor juga percaya KL Rovers mampu memperoleh Lesen Kebangsaan dari First Instance Body (FIB) untuk beraksi dalam kancah Liga Super musim baru ini.

Tambahnya, ia berdasarkan keupayaan kewangan, perancangan strategik pasukan, penajaan, penjenamaan dan komitmen untuk menjaga kebajikan pemain.

“Pengurusan kelab memandang jauh ke depan. Mempunyai perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang buat pasukan.

“Malah selepas mendapat lesen, saya percaya nilai KL Rover mampu mencecah jutaan ringgit,” katanya.

--Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video