KUCHING 2 KELANTAN 2
Kelab tercorot Liga Super, Kelantan FC, mengakhiri siri kekalahan dalam 11 perlawanan liga berturut-turut selepas mengikat Kuching City FC 2-2 di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.
The Red Warriors (TRW) bermula garang apabila terlebih dulu mendahului menerusi Mohamad Hafizan Ghazali pada minit keempat untuk memimpin perlawanan 1-0 dalam separuh masa pertama.
Tindakan jurulatih The Cats memperkemaskan permainan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Abu Kamara pada minit ke-58.
Gol itu ternyata menyuntik semangat pemain tuan rumah untuk memburu tiga mata yang kemudian dijelmakan hasil sepakan penalti 10 minit kemudian, sekali lagi menerusi Abu Kamara minit ke-68.
Bagaimanapun, jaringan sepakan Natanael Siringoringo pada minit ke-79 menafikan tiga mata The Cats untuk mengikat kedudukan 2-2.
Keputusan itu menyaksikan Kelantan mengumpul lima mata selepas mengharungi 17 perlawanan -- satu menang, dua seri, 14 tewas untuk kedudukan ke-14 liga.
Satu mata diraih itu menyaksikan Kuching City mengumpul tujuh mata - satu menang, empat seri, 12 tewas - untuk berada di tangga ke-12.
Kelantan bakal bertandang ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, 29 Julai ini untuk berdepan Kuala Lumpur City manakala Kuching City melayani kunjungan Kedah Darul Aman di Stadium Negeri, Kuching.
Kredit: Sinar Harian