Skip to main content

Bola Sepak

Baddrol mahu Kedah ulangi pencapaian 2017

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

baddrol-bakhtiar.jpg
Menjelang final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar, mahu mengulangi kejayaan dua tahun lalu sambil menganggap pertemuan kali ini lebih bermakna apabila ia melibatkan pasukan jiran, Perak.

Baginya, ini adalah peluang terbaik untuk menentukan sama ada Kedah ataupun Perak merupakan kuasa terbesar bola sepak dari utara tanah air.

"Sepanjang karier saya, kelainan Piala FA kali ini ialah dua pasukan utara yang ke final.

"Bagi saya dan pasukan, kami mengharapkan keputusan yang positiflah untuk Kedah nanti," katanya.

Kali terakhir Kedah merangkul kejuaraan itu ialah dengan menumpaskan Pahang 3-2 dalam aksi final pada 2017.

Baddrol, yang merupakan penjaring ketika meraih kejuaraan itu, berharap kejayaan sama mampu dicapai Sabtu ini.

Tegasnya lagi, kejuaraan itu penting buat Lang Merah, apatah lagi ia merupakan final pertama bersama ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak.

"Untuk final ini, macam biasa, teruskan keharmonian pasukan dan kekalkanlah momentum seperti sebelum ini.

"Mungkin situasi itu akan membawakan kami sesuatu dalam final nanti.

"Saya mengharapkan sesuatu yang positif untuk Kedah tahun ini," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video