Skip to main content

Bola Sepak

Baddrol elak beri tumpuan kepada Liridon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedahjdt.jpg
Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar, tiada memiliki sebarang masalah dengan berperanan sebagai seteru kepada bekas bintang skuad Lang Merah, Liridon Krasniqi, yang dijangka membuat kemunculan sulung bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berhasrat untuk bermula dengan langkah kanan di Stadium Sultan Ibrahim dalam aksi Piala Sumbangsih, esok.

Baddrol turut meramalkan perebutan Piala Sumbangsih kali ini adalah seimbang walaupun di atas kertas JDT dilihat sebagai pasukan pilihan.

Baddrol juga ghairah mahu menambah kejayaan selepas gagal mempertahankan Piala Sumbangsih 2018 ketika mengulangi pertemuan dengan JDT pada tahun berikutnya yang merupakan aksi terakhir dia dan pasukan, selain mengelak fokus diberikan kepada Krasniqi.

"Kami akan fokus kepada taktikal dan cara bermain sebagai sepasukan dalam stadium baru JDT ini. Kami tidak akan memberikan tumpuan kepada Krasniqi sebaliknya cuba melihat kepada seluruh pasukan lawan," kata Baddrol.

Sementara itu, kapten JDT, Hariss Harun, berpandangan kejayaan menjulang Piala Sumbangsih mampu menjadi hadiah terbaik buat seluruh peminat skuad Harimau Selatan di mana dia turut membarisi skuad yang menang empat gelaran sebelum ini.

Pemain kelahiran Singapura itu mengakui dia dan rakan sepasukan sudah tidak sabar untuk memulakan kempen musim 2020 dan tiga mata di gelanggang keramat terbaru JDT amat penting dalam meletakkan permulaan segar dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh.

"Kami memiliki tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik dalam perlawanan esok. Kami akan berusaha untuk memastikan Piala Sumbangsih kekal bersama JDT sebagai permulaan cemerlang bagi musim 2020," kata Hariss.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video