Pertahanan kental The Red Warriors (TRW), Mohd Azwan Aripin, mengakui semakin serasi dengan taktikal yang diserapkan Pengarah Teknikal Kelantan, Jorg Peter Steinebrunner.
Katanya, selepas kehilangan sentuhan Yusri Che Lah, mereka perlu pantas menyerap formasi yang dirancang bekas pengendali skuad Negeri Sembilan musim lepas itu bersama pembantunya, Kamaruddin Mohammad.
"Alhamdulillah, setakat ini semua pemain makin serasi dengan corak latihan yang dilakukan Steinebrunner. Dia tidak banyak mengubah gaya permainan, sebaliknya membaiki kekurangan yang ada.
"Dia (Steinebrunner) sering tekankan aspek ketepatan hantaran pendek, serangan balas yang pantas, penguasaan bola dan penyudah sempurna.
"Paling penting, dia tampak begitu bersemangat untuk membantu Kelantan kembali semula ke Liga Super musim ini," katanya.
Azwan, yang sentiasa menjadi pilihan Yusri untuk beraksi di pertahanan kiri musim lalu, mahu terus diberi kepercayaan sambil menegaskan aksi persahabatan menentang naib juara Piala Malaysia, Terengganu FC, malam esok penting untuk menilai tahap keupayaan semua pemain.
"Kami perlu terjemahkan segala ilmu yang diturunkan sepanjang dua minggu menjalani latihan bersama Steinebrunner.
"Terengganu sebuah pasukan yang memiliki barisan pemain yang hebat dan sudah pasti aksi persahabatan ini cukup menarik untuk menguji kombinasi pemain kedua-dua pasukan," katanya.
Azwan juga mengajak penyokong setia TRW untuk turun padang memberi sokongan kepada skuad muda Kelantan.
"Teruskan memberi sokongan dan kami berjanji akan berikan yang terbaik demi lencana di dada," katanya.