Pertahanan kiri Sri Pahang FC, Azwan Aripin sah kekal bersama skuad Tok Gajah susulan kontraknya berbaki semusim lagi untuk saingan Liga M musim 2024/2025.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Azwan berkongsi faktor utama dia mahu kekal lebih lama bersama pasukan itu adalah disebabkan aura luar biasa di Darul Makmur.
"Saya masih kekal, saya ada baki kontrak setahun lagi.
"Apa pun saya memang nak kekal bersama Sri Pahang lagi," kata Azwan.
Anak jati Pasir Pekan, Kelantan itu mula berkhidmat bersama pasukan utara tanah air, Penang FC untuk musim 2022 sebelum berhijrah ke Sri Pahang untuk dua musim berikutnya.
Azwan juga berkongsi ada menerima tawaran daripada pasukan lain namun tetap memilih untuk setia bersama skuad Tok Gajah.
"Ada beberapa pasukan mula bertanya tapi ada baki kontrak bersama Sri Pahang, saya hormat. Saya mahu kekal di Pahang," jelasnya.
Sasaran peribadi yang diletakkan adalah untuk membawa pasukannya ke kedudukan tiga teratas bagi saingan musim 2024/2025 nanti.