Ayron del Valle muncul penjaring terbaik Liga Super
Ammar Hakim
Disember 19, 2023 14:53 MYT
Disember 19, 2023 14:53 MYT
Penyerang Selangor, Ayron del Valle, dinobat sebagai penjaring terbanyak Liga Super apabila merekodkan 23 jaringan sepanjang 26 perlawanan.
Pemain berusia 34 tahun itu, merupakan penyerang import yang baru melangkah ke pentas Liga Malaysia bagi musim 2023 sekaligus muncul penjaring terbanyak.
Meledak dua hatrik sepanjang musim, pemain kelahiran Colombia itu kekal konsisten sebagai penyumbat jaringan buat Selangor dalam usaha mereka muncul naib juara Liga Super sekaligus melayakkan diri ke pentas Liga Juara-Juara Asia 2 musim hadapan.