Cabaran Sabah dalam Liga Juara-Juara Asia Wanita (AWCL) terhenti selepas terikat 2-2 berdepan Abu Dhabi Country Club saingan peringkat Kumpulan A di Hankou Cultural Sports Centre, sebentar tadi.
Pasukan tuan rumah terdahulu membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi tandukan import dari Jepun, Eri Narita, untuk meletakkan The Rhinos mendahului 1-0.
Namun, penjaga gawang Sabah, Nurul Azurin Mazlan, dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan susulan melakukan terjahan keras ke atas pemain lawan pada minit ke-25 untuk Sabah terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
Rashida Ibrahim menyempurnakan sepakan percuma yang diberikan selepas insiden layangan kad merah untuk jaringan penyamaan buat Abu Dhabi pada minit ke-30.
Begitupun, gerakan cantik pemain Abu Dhabi, Eugenia Korkor Tetteh, sekali lagi menewaskan penjaga gawang gantian, Asma Binti Junaidi, pada minit ke-44 sekali gus menutup babak pertama untuk wakil Emiriah Arab Bersatu itu mendahului Sabah 2-1.
Walaupun beraksi dengan 10 pemain dalam separuh masa kedua, Sabah tetap menampilkan corak permainan yang baik dengan berpeluang untuk menambah jaringan dalam separuh masa kedua.
Intan Serah menempah nama sebagai penjaring apabila kembali membuka perlawanan dengan gol kedua buat Sabah selepas sepakannya menewaskan Jeane Bueno da Cruz untuk kedudukan terikat kembali 2-2.
Keputusan seri 2-2 itu kekal hingga wisel penamat dengan menyaksikan Sabah berjaya mengutip satu mata dalam saingan kumpulan AWCL sekali gus cabarannya untuk mara ke pusingan seterusnya terhenti.
Untu rekod, Sabah tidak berjaya melakar sebarang kemenangan dalam saingan Kumpulan A apabila tewas dalam dua aksi pertama sebelum ini berdepan Incheon Red Angels dan Wuhan Jiangda.
Sebelum ini, Sabah mencipta sejarah apabila menjadi pasukan wanita pertama negara melepasi pusingan kelayakan untuk mara ke peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Wanita Asia (AWCL), Ogos lalu.