Skip to main content

Bola Sepak

AWCL: Sabah peroleh mata pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabah-awcl.jpg
SABAH 0 APF 0

Skuad bola sepak wanita Sabah memperoleh mata pertama dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Wanita Asia (AWCL) apabila mengikat kelab Nepal, APF, di Stadium Likas sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang 90 minit, sekali gus berpuas hati dengan pungutan satu mata.

Dengan keputusan itu, Sabah menduduki tangga kedua Kumpulan C menjelang aksi terakhir menentang kelab Uzbekistan, Nasaf, di venue sama pada 31 Ogos ini.

Seandainya menang, Sabah akan bergelar juara kumpulan dan layak ke kejohanan utama pada Oktober depan.
 

Advertisement

Must Watch Video