AWCL: Kemampuan Icheon Red Angels gagal ditandingi Sabah

Ammar Hakim
Oktober 3, 2024 22:20 MYT
Skuad wanita Sabah berdepan langkah kiri dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Wanita apabila tewas 0-3 kepada Incheon Red Angels dalam aksi yang berlangsung sebentar tadi.
Aksi pembukaan Kumpulan A menyaksikan Sabah berdepan Incheon -- skuad dari kepulauan Borneo itu diuji seawal minit ke-25 permainan apabila Red Angels berjaya membuka akaun jaringan menerusi peluang sepakan penalti yang tenang disempurnakan Jang Chang selepas insiden 'handball' terkena Juliana Barek.
Sebelum khidmat pemain import Red Angels dari Kenya -- Terry Engesha berjaya mencipta impak positif bermula dengan gol kedua pada minit ke-32.
Sebelum sepakan dari luar kotak penalti melebarkan kelebihan pasukan dari Korea Selatan itu kepada tiga gol tanpa balas.
Keputusan itu kekal hingga tamat permainan untuk Sabah langkah kiri aksi pembukaan sementara Red Angels meraih kemenangan selesa.
;