Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, mahu anak buahnya mengawasi pergerakan Liridon Krasniqi yang merupakan watak utama Kedah dalam mencuri mata di Stadium Perak malam esok.
Durakovic mengakui peluang yang mampu dijelmakan Krasniqi, justeru beliau tidak teragak-agak untuk mengerah anak buahnya agar lebih berhati-hati dengan pemain kelahiran Kosovo itu.
Liridon tidak beraksi dalam dua perlawanan terdahulu yang menyaksikan Kedah tewas 0-5 kepada T-Team dan 0-1 kepada PKNP dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA meskipun layak secara agregat.
"Kami amat mengenali gaya permainan Liridon, dia mampu menghukum kami serta mampu mengubah rentak permainan. Saya berharap dia gagal mempamerkan aksi terbaik berdepan kami," kata Durakovic.
Tambah Durakovic, beliau menjangkakan perlawanan yang seimbang dengan Perak sendiri tidak mahu kecewa di laman sendiri.
Kesebelasan terbaik dari Perak kini bersedia untuk berhadapan barisan Hijau Kuning yang dijangka mahu mencetus kebangkitan selepas keputusan yang gagal memihak kepada mereka.
"Kami beraksi di laman sendiri dan mahu memenangi perlawanan ini bagi memastikan kedudukan kami kukuh di dalam Liga Super."