BOLA SEPAK MSIA
AUFT: Malaysia di tempat kelima edisi 2024
MALAYSIA 2 VIETNAM 1
Wakil Malaysia menamatkan kempen Kejohanan Persekutuan Bolasepak Universiti Asia (AUFT) 2024 di kedudukan kelima keseluruhan selepas menewaskan Vietnam, petang tadi.
Dalam perlawanan penentuan tempat kelima/keenam yang berlangsung di Arena Sukan Azman Hashim, UKM Bangi itu, Malaysia ketinggalan dengan jaringan pembukaan Vietnam hasil ledakan Duy Truong Dang pada minit ke-32 sebelum Muhammad Zharif Nazhan Refli menyamakan kedudukan berselang 2 minit kemudian menuju rehat babak pertama.
Bersambung babak kedua, tuan rumah di depan dan kali ini giliran Zahrul Nizam Zamri mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-74 untuk kedudukan 2-1.
Tiada tambahan jaringan untuk kedudukan itu kekal hingga 90 minit perlawanan, sekali gus menyaksikan Malaysia mengulangi pencapaian ketika edisi 2019 di Taiwan.
"Hari ini kami juga tersentak awal dengan gol pertama pihak lawan sebelum bangkit meraih kemenangan 2-1.
"Semua pemain sangat membantu untuk menterjemahkan taktikal yang saya pakai," kata ketua jurulatih Malaysia, Ridzuan Abu Shah, di Nadi Arena sebentar tadi.