BOLA SEPAK MSIA
AUFT: AUFF berpuas hati komitmen Malaysia selaku tuan rumah
Pengarah Projek AUFT 2024, Datuk Dr Pekan Ramli, mengakui pihak Persekutuan Bolasepak Universiti Asia (AUFF) berpuas hati dengan komitmen Malaysia selaku tuan rumah kejohanan AUFT kali ini.
Jelas beliau, maklum balas positif yang diterima daripada badan induk serta 7 pasukan luar yang bertanding menjadi penanda aras kejohanan yang berlangsung selama 9 hari itu diklasifikasikan sebagai berjaya.
Beliau dalam perkembangan sama turut percaya, skuad bola sepak Malaysian Universiti (MUFT) mampu melakar pencapaian lebih baik pada AUFT tahun hadapan di Vietnam selepas sekadar menamatkan saingan pada kedudukan kelima tahun ini.
Iklan
"Saya sangat berpuas hati, ini kali pertama kita jadi tuan rumah dan merupakan negara asia tenggara pertama.
"Bukan saya yang katakan tetapi pihak Persekutuan Bolasepak Universiti Asia sendiri yang katakan termasuk negara yang ambil bahagian yang memuji penganjuran kita.
"Kita negara pertama yang anjur gunakan kemudahan universiti seperti stadium, padang, perkhidmatan, pegawai, pengankutan dan sukarelawan. Ini sesuatu yang baik dengan gunakan sepenuhnya tenaga daripada universiti." katanya.
Must-Watch Video