Auf Wiedersehen, Jurgen Klopp!

Dayang Zainatull
Januari 27, 2024 13:05 MYT

Jujurnya awal pagi tadi, perkara pertama yang dicari di laman media sosial adalah keputusan perlawanan di antara Tottenham Hotspur dan Manchester City.

Ye lah, Son Heung Min dah post Instagram Story sedang menonton perlawanan di bilik hotelnya di Qatar - mestilah kita nak tahu apakah nasibnya selepas seri 3-3 dengan Harimau Malaya? Berita baik ke, atau ada lagi berita buruk?

Sedang belek platform sedia ada tentang perlawanan itu, tiba-tiba keluar pula statement dari pengurus Liverpool Jurgen Klopp yang nyatakan hasrat hendak undur diri pada penghujung musim.

Eh biar betul?

Sebagai non-Liverpool supporter, saya pun terkesan dengan keputusan ini!

Ye lah, bertahun dah kita sering banter dengan fans Liverpool tapi sejak kemasukan Klopp sebagai boss The Reds, banter semakin panas dan seronok sebab like it or not, Klopp ni memang power kendalikan Liverpool. Dapat pula barisan pemain yang tip top, bukan setakat fans je yang seronok tau. Haters pun seronok juga kena bahan dan gaduh-gaduh manja (walaupun terpaksa duduk dalam gua).

Oh well.

Klopp dan Liverpool berpisahhttps://t.co/xUrnNCTSpm

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Nampak gayanya kena tunggu Nadi Weekend malam ini lah nak korek lebih lanjut tentang berita ini.

By the way, bagi yang terlepas. Manchester City menang last minute ke atas Spurs. Keputusannya 0-1. First time ek Guardiola merasa kemenangan dekat stadium baru Spurs selepas sekian lama.

#Liverpool #EPL #Jurgen Klopp
;