Thomas Tuchel percaya Pierre-Emerick Aubameyang dan Robert Lewandowski mengharungi musim yang cemerlang dan mereka sekali lagi bertemu dalam aksi Der Klassiker ketika Bayern Munich menerima kunjungan Borussia Dortmund, awal pagi esok.
Aubameyang telah menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika mereka meraih kemenangan 1-0 di Signal Iduna Park pada November dan mencetak 25 gol dalam saingan Bundesliga musim ini.
Ia merupakan kekalahan pertama Bayern musim ini dan pendahulu liga itu sekali lagi tewas dengan keputusan yang sama ketika bertemu Hoffenheim.
Bintang Poland itu gagal mencetak sebarang gol dalam kedua-dua perlawanan tetapi telah meledak 36 gol dalam 39 perlawanan musim ini.
Tuchel menyifatkan kedua-dua penyerang ini mampu menjadi pembantu pasukan masing-masing dalam aksi yang bakal berlangsung di Allianz Arena.
"Sukar untuk membayangkannya, Lewandowski dan Aubameyang merupakan antara penyerang terbaik di dalam Bundesliga.
"Mereka telah beraksi di pentas yang tertinggi, berbisa dan memiliki pendekatan yang berbeza.
"Pada pendapat saya, Aubameyang masih belum mencapai tahap terbaiknya. Ketenangan yang dimilikinya, dia mampu menjaringkan gol yang banyak buat kami.
"Lewandowski pula mula menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dan menjadikannya pemain yang semakin berbahaya."