Pierre-Emerick Aubameyang berkata tindakannya memakai topeng Black Panther ketika meraikan gol kemenangan Arsenal dalam saingan Liga Europa awal pagi tadi ditujukan buat negaranya, Gabon.
Penyerang itu menjaringkan dua gol yang membantu kemenangan 3-0 Arsenal ke atas Rennes di Stadium Emirates dengan Ainsley Maitland-Niles turut menyumbangkan satu gol yang membawa pasukan itu ke suku akhir dengan agregat 4-3.
Penyerang kelahiran Gabon, Aubameyang, menjaringkan gol pada minit kelima sebelum melengkapkan keputusan perlawanan menerusi jaringan kedua peribadi dalam babak kedua.
Dan Aubameyang -- yang sebelum ini meraikan gol dengan memakai topeng Batman dan Spider-Man -- meraikan jaringan kemenangan itu dengan gaya yang amat istimewa dengan memakai topeng adiwira filem Marvel, Black Panther.
"Saya memerlukan topeng itu untuk menggambarkan diri saya," katanya kepada BT Sport selepas menjaringkan gol keenam berturut-turut dalam kesemua kejohanan musim ini.
"Black Panther adalah orang Afrika dan Gabon juga dikenali dengan gelaran Black Panther, jadi ia melambangkan diri saya, itu sahaja."
Aksi kedua pusingan 16 di Stadium Emirates itu berlangsung tegang dengan pengadil perlawanan, Andris Treimanis, melayangkan empat kad kuning bagi setiap pasukan.
"Saya berasakan mereka (Rennes) agak gugup dan marah.
"Namun, ia adalah bola sepak dan adakalanya perkara seperti itu terjadi.
"Saya terlepas dua peluang untuk menamatkan saingan, namun ia baik-baik sahaja.
"Apa yang penting, kami memenangi perlawanan ini dan semua pemain berbangga dan gembira," tambahnya.