Jaringan ketujuh dalam aksi liga daripada Cristiano Ronaldo membenarkan Al-Nassr mendahului, namun Al-Qadsiah kemudian membalas menerusi Julian Quinones sebelum Aubameyang meledak gol kemenangan.
Tuan rumah mendahului pada minit ke-32 apabila Ronaldo selepas mengatasi penjaga gol, Al-Qadsiah, Koen Casteels, gagal mendakap hantaran silang Anderson Talisca.
Bagaimanapun, kegembiraan Al-Nassr tidak bersifat panjang apabila Quinones melengkapkan hantaran Turki Al-Ammar.
Quinones memainkan peranan penting dalam mendapatkan gol kemenangan apabila gerakannya membuka ruang buat Nahitan Nandez membuat lorongan mudah buat Aubameyang.
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
Skuad Al-Nassr kendalian Stefano Pioli kini enam mata di belakang juara bertahan dan pendahulu Al-Hilal, yang memiliki kelebihan satu perlawanan.
A statment in the capital ? #AlNassrAlQadsiah | #RoshnSaudiLeague pic.twitter.com/rmfZXQxuOW
— AlQadsiah Saudi Club (@AlQadsiahEN) November 22, 2024