Skip to main content

Bola Sepak

Atlet MSS Selangor tinggalkan merentas desa demi ke Akademi JDT!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Juara merentas desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) lelaki bawah 12 tahun (B-12), Muhammad Arif Mohd Radzuan, mengakhiri kejohanan dengan perasaan bercampur baur meskipun menggondol tempat pertama di Melaka.

Dia yang mewakili Majlis Sukan Sekolah (MSS) Selangor bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sukan larian kerana ia merupakan penampilan terakhirnya selepas membuat keputusan menceburi sukan paling diminati di Malaysia.

Arif akan mengubah transisi demi meneruskan minat terhadap bola sepak dan mahu fokus sepenuhnya. 

Daripada larian ke Akademi Johor Darul Ta'zim (JDT) bermula tahun hadapan!

"Bola adalah hobi saya sendiri, manakala merentas desa ini merupakan kemahuan ibu saya.

"Saya amat sedih meninggalkan sukan merentas desa tapi saya juga mahu lebih serius dalam bola sepak," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Arif juga menyifatkan pilihan untuk menyertai akademi JDT adalah kerana minatnya yang mendalam bagi merebut tempat bersama bakat-bakat terbaik.

Harapannya adalah persaingan tinggi dalam akademi akar umbi itu mampu terus menyerlahkan bakatnya ke aras yang lebih tinggi.

"JDT hebat, banyak saingan. 

"Saya mahu mencuba dan membanggakan ibu bapa saya," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video