Astro Teruja bawakan musim baru EPL bersama pengulas legenda, jenama terkemuka

Najmi Iman
Ogos 11, 2024 13:46 MYT
Sekembalinya musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL), Astro sekali lagi teruja membawakan detik perlawanan yang tidak dapat dilupakan, mendebarkan dan juga perlawanan bertaraf bintang.
Peminat boleh merasai keterujaan menonton setiap perlawanan di Astro, Sooka dan NJOI, kini bersama juara tiga kali EPL, Lee Sharpe, sebagai pakar pengulas di Astro dan juga kerjasama strategik dengan jenama terkemuka.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, “Astro akan terus menjadi lubuk aksi bagi EPL. Musim ini, kami membawakan kesemua 380 perlawanan EPL kepada anda, di mana jua anda berada. Tidak kira di rumah, di luar rumah, atau sedang meluangkan masa bersama rakan, anda boleh menyaksikan setiap perlawanan, setiap jaringan dan setiap sambutan menerusi mana-mana peranti mengikut selera tontonan anda menerusi Astro, sooka dan NJOI.”
Astro juga teruja membawakan Lee Sharpe, figura terkenal dalam arena bola sepak antarabangsa sebagai pakar pengulas menyertai pasukan pengulas bersama hos, Adam Carruthers dan Michelle Lee. Sharpe telah memenangi 10 trofi sepanjang sembilan musim bersama Manchaster United, akan membawakan keterujaan dalam setiap ulasan dan juga analisis bagi semua perlawanan. Peminat boleh mendengar sendiri komen pada setiap detik perlawanan dari bintang ikonik kegemaran mereka ini.
Untuk meningkatkan keterujaan lebih buat peminat, Astro kini bekerjasama dengan jenama terkemuka seperti Wonda Coffee, Zetrix by MYEG dan juga terbaru, YES 5G – Dimana kerjasama ini akan memberikan keseronokkan tanpa batasan buat semua peminat bola sepak. Kerjasama ini akan membawakan pengaktifan, kandungan esklusif termasuk, brand film YES 5G yang akan disiarkan sepanjang musim Liga Perdana Inggeris ini.

Semua Perlawanan Liga Perdana Inggeris di Setiap Peranti
Tanpa mengira apa jua jenis peranti anda, Astro memastikan anda tidak ketinggalan mana-mana perlawanan Liga Perdana Inggeris. Bermula 17 Ogos 2024, pelanggan Astro, sooka dan NJOI akan menikmati kesemua 380 perlawanan liga bola sepak terkemuka dunia, tidak kira masa, di mana jua, menerusi peranti mereka.
Astro: Semua pelanggan Pek Sports dapat menyaksikan secara langsung kesemua perlawanan EPL, beberapa perlawanan terpilih dalam 4K UHD dengan Ultra Box. Pelanggan juga boleh strim di mana sahaja menerusi Astro GO. Kepada yang bukan pelanggan Pek Sports, anda boleh melanggan Pek Sports dengan tambahan hanya RM42.99 sebulan.
Sooka: Strim kesemua perlawanan Liga Perdana Inggeris secara langsung di Sooka menerusi plan Sports & Entertainment. Untuk tontonan di TV, pelanggan boleh melanggan Plan Premium dan nikmati tawaran khas web yang bermula daripada RM29.60 (biasa RM47.10 sebulan). Tambahan, pelanggan Sooka juga boleh strim perlawanan terpilih dalam siaran 4K UHD dengan sooka TV Stick. Layari sooka.my untuk info lanjut.
NJOI: Kesemua siaran langsung perlawanan Liga Perdana Inggeris boleh di tonton melalui Pek Sports Mega pada RM15*/sehari atau RM47*/30 hari. Muat turun My NJOI untuk melanggan: Google Play Store | Apple App Store | Huawei App Gallery
#bola sepak #EPL #Liga Perdana Inggeris #Astro Malaysia
;