Astro akan membawakan aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC, yang telah pun bermula dari 18 September 2023 hingga 25 Mei 2024, buat peminat bola sepak negara dan juga pelangan pek sukan Astro.

Sebanyak 60 perlawanan siaran langsung dan tertunda membabitkan perlawanan pilihan Piala AFC dan saingan ACL akan disiarkan menerusi Arena Bola di saluran 803 & 804 dan juga di Astro Supersport saluran 812 dan 813.

Sementara itu, Astro Arena Saluran 801 & 802 pula akan menyiarkan perlawanan tertunda membabitkan pasukan daripada Liga Profesional Arab Saudi, iaitu pasukan Al Hilal, Al Nassr dan Al Ittihad.

Perlawanan siaran langsung itu juga akan membabitkan wakil daripada Liga Malaysia dalam kejohanan anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT), yang beraksi dalam saingan ACL manakala Sabah FC dan Terengganu FC pula berentap dalam Piala AFC.

Antara hos-hos Asto Arena yang akan merancakkan lagi kehangatan siaran ini ialah seperti Ahmed Sharazad Sani selain ‘Botak’, Keesh ‘Mat Stats’ dan Faiz Gurun -- trio sensasi ini akan menyajikan
anda dengan perbincangan menarik dan penuh taktikal bersama tetamu pakar seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Nizaruddin Yusof, Razman Roslan dan Shahrom kalam.

Sementara itu, pengulas ikonik bola sepak seperti Zainal Abidib Rawop, Hafizal Hamad, Izwan
Mohd Noor, Aiman ‘Sekaiichi’ dan Wan Khairil Azwa juga akan menemani penonton di rumah.