Astro siar 219 aksi HD Liga-M, 10 lagi dalam UHD
Shaiful Shamsudin
Mei 2, 2024 20:43 MYT
Mei 2, 2024 20:43 MYT
Memasuki musim kedua penganjuran Liga Malaysia (Liga-M), Astro menjanjikan pengalaman luar biasa dengan 219 perlawanan dalam definisi tinggi (HD) sepanjang pengabjuran musim 2024.
Sudah pasti cetusan kelainan bakal disajikan dalam aksi pertama perlawanan Piala Sumbangsih yang akan membuka tirai membabitkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC, 10 Mei ini.
Lebih menarik, 10 perlawanan pilihan yang akan disiar dalam definisi ultra tinggi (UHD) antara janji yang akan dikotakan musim ini.
Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, sambutan luar biasa musim lalu memberi inspirasi untuk Astro tampil lebih segar menerusi beberapa pembaharuan yang diketengahkan.
"Peminat dapat menikmati pengalaman HD. Malah, turut menawarkan analisis sebelum, ketika dan selain perlawanan sepanjang 90 minit," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam, dengan kelainan yang dijanjikan sudah pasti Liga-M antara produk paling dinanti-nantikan seluaruh pencintaa bola sepak tanah air.
"Tahniah kepada Astro atas pengumuman pakej baru untuk penyokong bola sepak.
"Dengan penambaikan ini, jumlah tontonan akan meningkat dan
sumber bola sepak untuk rakyat Malaysia ini akan dibawa khas oleh Astro," kata Stuart.