Barisan peserta Astro Kem Badminton (ABK) menunjukkan perkembangan positif pada hari ketiga, terutama daripada segi disiplin dan dedikasi, yang dipupuk untuk mereka melangkah lebih jauh seiring dengan usia mereka.
Juara Piala Thomas 1992, Kwan Yoke Meng, menegaskan aspek penting dalam pembentukan bakat muda ini adalah peranan ibu bapa dalam meletakkan kepercayaan kepada anak mereka untuk menjadi atlet terbilang.
Tambahnya, meskipun memerlukan tempoh yang panjang untuk berkembang, potensi sebenar mana-mana pemain muda mampu dinilai pada usia 15 atau 16 tahun.
"Saya bukan ahli sains tetapi berdasarkan pengalaman saya, pada usia 15 atau 16 tahun, anda dapat melihat sama ada seseorang pemain itu boleh berjaya atau tidak," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.
"Kerana itulah saya sentiasa menggalakkan ibu bapa untuk memberikan masa dan galakan buat anak mereka untuk berkembang.
"Kerana mereka mengalami perubahan hormon setiap tahun, begitu juga dengan perkembangan fizikal mereka.
"Apabila berada di tahap itu, barulah kita dapat melihat kualiti sebenar mereka," katanya.
Muzaffar Musa
Wed Sep 18 2024