Berita baik buat peminat bola sepak tempatan apabila Astro akan menyiarkan saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini.
Dengan kerjsama bersama Liga Bolasepak Amatur (AFL), perlawanan liga berkenaan akan disiarkan secara langsung setiap Isnin.
Pengerusi AFL, Datuk Wira Yusoff Mahadi, mengesahkan kontrak setahun telah dimeterai kedua-dua pihak dan seandainya ia dapat menepati segala keperluan, kerjasama itu akan dilanjutkan ke tahun kedua dan tahun-tahun seterusnya.
"Untuk kali ini, banyak faktor yang menyumbang kepada terbuka pintunya untuk Astro sendiri, berdasarkan sesuatu yang menarik yang dirasakan bakal berlaku tahun ini ," kata Yusoff seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Apabila tiada Liga MFL, secara automatiknya Liga A1 ini menjadi liga divisyen kedua bola sepak Malaysia.
"Selain itu, faktor beberapa pasukan negeri yang tidak dapat bermain dalam Liga Super, di mana mereka akan beraksi dalam Liga A1. Pasukan-pasukan ini memiliki penyokong," katanya.