Skip to main content

Bola Sepak

Astro Arena perkenal dua 'senjata' baru menjelang Liga Super 2024/25

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arena-pundits.jpg
Setiap pasukan kini sedang bertungkus-lumus mempersiapkan diri menjelang sepak mula Liga Super 2024/25 bulan depan.

Astro Arena turut tidak ketinggalan memperkuatkan pasukan dengan kedatangan dua figura hebat selaku senjata baru dalam membawa liputan terbaik musim ini.

Dari Negeri Sembilan ke Lembah Klang, dua bekas tonggak skuad Jang, Zaquan Adha Abdul Radzak dan Mahali Jasuli, kini menjadi senjata baru Astro Arena menjelang saingan musim 2024/25.

Zaquan Adha dan Mahali akan menyertai tenaga pakar Astro Arena, sekali gus menambah variasi dalam rancangan untuk tatapan peminat sukan bola sepak tempatan.

Zaquan Adha berkata: "Sebenarnya sejak musim lalu lagi Astro Arena sudah menawarkan kepada saya untuk menyertai mereka, cuma saya masih tidak dapat berikan keputusan.

"Apabila saya mendapat surat yang menyatakan saya tidak lagi bersama NSFC, saya mengambil keputusan untuk tidak lagi bermain secara profesional.

"Saya rasa inilah platform saya untuk tidak hilang dalam radar bola sepak negara."

Mahali menambah: "Saya rasa inilah satu perkara yang boleh saya kongsikan bersama orang ramai melalui kaca tv.

"Kalau sebelum ini mungkin saya banyak bersetuju dengan pendapat senior-senior, selepas ini mungkin saya akan membangkang mereka pula."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video