BOLA SEPAK
Astro Arena nafi artikel berhubung kenyataan Zainal Abidin Hassan
Astro Arena menafikan artikel berhubung kenyataan legenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan dengan tajuk "Tiada apa nak dibanggakan dengan piala buatan sendiri".
Menerusi laman sosial TikTok, terdapat video yang menggunakan imej tangkap layar menggunakan profil Facebook Astro Arena menggunakan kenyataan yang dikeluarkan bekas penyerang kebangsaan itu.
Astro Arena menafikan ada mengeluarkan artikel itu dan ia dilihat sebagai tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.
Must-Watch Video