BOLA SEPAK
Astro akan tayang perlawanan Liga J3 pasukan Hadi Fayyadh
Peminat bola sepak di Malaysia kini dapat mengikuti perkembangan karier Hadi Fayyadh Abdul Razak di Jepun selepas Astro muncul pemilik hak siaran rasmi bagi pasukannya, Azul Claro Numazu, bagi musim 2021.
Penyerang berusia 21 tahun itu menyertai pasukan Liga J3 berkenaan secara pinjaman daripada Fagiano Okayama -- yang menandatanganinya pada 2019 tetapi masih belum memberikan sebarang penampilan utama -- demi mendapatkan minit permainan di peringkat senior musim ini.
Kesemua perlawanan melibatkan pasukannya, yang menamatkan musim lalu di tangga ke-12, akan ditayangkan secara langsung di Astro Arena (saluran 801 dan 802 HD).Hi, I’m in team Numazu, please support me by watching Astro Arena.Hadi Fayyadh who is currently playing in the Japanese Division 3 (J3) League in team Azul Claro Numazu..He will be wearing the number 27 jersey at his new team. pic.twitter.com/m52n30EVJR— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 18, 2021
Azul Claro akan memulakan musim mereka dengan menentang Imabari di Stadium Olahraga Shizuoka Ashitaka esok sebelum berkunjung ke laman Vanraure Hachinohe pada 28 mac ini.
Must-Watch Video