Skip to main content

Bola Sepak

Aston Villa intai peluang bawa Marco Asensio berkelana ke England

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

asensio.jpg
Aston Villa akan cuba untuk membawa masuk khidmat penyerang Real Madrid, Marco Asensio untuk berkelana secara percuma.

Perbincangan dengan pemain berusia 27 tahun itu telah dilakukan minggu lalu bersama pengendali pasukan, Unai Emery, yang mahu membawanya ke Villa Park.

Asensio, yang bakal tamat kontrak bersama Los Blancos pada penghujung bulan depan, sedang memikirkan tentang tawaran Villa namun turut tertarik dengan minat daripada Paris St Germain dan beberapa kelab Itali. 

Laporan di Sepanyol semalam mendakwa penyerang itu akan mengesahkan bakal meninggalkan Madrid dalam satu kenyataan hari ini, walaupun destinasi seterusnya masih belum ditentukan.

Emery juga akan membincangkan masa depan jangka pendek Cameron Archer semasa pertemuan dengan pengarah sukan, Johan Lange minggu ini. Archer menjaringkan 11 gol semasa dipinjamkan dengan Middlesbrough dalam saingan Kejuaraan musim ini.

Advertisement

Must Watch Video