Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris, menafikan Nidzam Adzha Yusof sudah direhatkan walaupun kelibat ketua jurulatih berusia 50 tahun itu tidak kelihatan ketika sesi latihan pasukan Kedah, hari ini.
Menerusi gambar yang dimuatkan dalam laman media sosial rasmi KFA, sesi latihan skuad Hijau Kuning kini dikendalikan penolong jurulatih, Azzmi Aziz, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kedudukan Nidzam selepas pasukan itu dilanda kemerosotan prestasi.
Kedah gagal mencatat kemenangan dalam tujuh perlawanan dan yang terbaru, mereka dibelasah 5-1 sewaktu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Malaysia, Jumaat lalu.
"Kami akan mengadakan satu mesyuarat pada Jumaat dengan pimpinan tertinggi KFA dan keputusan akan dibuat. Kami dalam proses penstrukturan semula persatuan.
"Nidzam masih bersama Kedah. Sebarang perbincangan akan diteliti pada Jumaat," kata Asmirul.
Sementara itu, Nidzam mengesahkan dia tidak hadir ke sesi latihan itu kerana masalah kesihatan.
Nidzam juga mengakui ada menyuarakan hasrat kepada pengurusan KFA agar dia dilepaskan, namun gagal mencapai kata putus.
Kedudukannya kini akan ditentukan dalam mesyuarat KFA, Jumaat ini.