LALIGA
LaLiga: Asensio mengamuk tidak dimasukkan Real Madrid lawan Mallorca
REAL MADRID 4 MALLORCA 1
Pemain tengah Real Madrid, Marco Asensio, kelihatan mengamuk selepas ketua jurulatih, Carlo Ancelotti, memilih untuk tidak memasukannya ketika pasukan itu menewaskan Mallorca 4-1 di Santiago Bernabeu malam tadi.
Pasukan juara bertahan LaLiga itu bangkit daripada ketinggalan satu gol, sekali gus mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus sepanjang lima perlawanan pertama musim ini dan kembali ke kedudukan teratas.
Iklan
Asensio hanya dapat beraksi selama 17 minit musim ini dan kekecewaannya tidak lagi dapat dibendung apabila sekali lagi tidak diturunkan dalam perlawanan kali ini.
Pemain berusia 26 tahun itu diarahkan untuk memanaskan badan tetapi Ancelotti kemudian memilih untuk tidak menurunkannya.
Dani Carvajal, Nacho, Luka Modric dan Eduardo Camavinga dipilih untuk dibawa masuk bagi mengubah rentak perlawanan itu dan Asensio pula tersisih daripada senarai berkenaan.
Keputusan itu jelas memacu rasa marah Asensio, di mana dia dilihat melontarkan bibnya, menyepak bekas minuman dan menghempas botol air ke lantai sewaktu kembali ke tempat duduk pemain.
Marco Asensio was furious today as he wasn’t playing against Mallorca. Carlo Ancelotti: “Asensio’s anger for not playing? I agree with him, so I’ll keep it in mind” ⚪️⚠️ #RealMadridAsensio’s contract expires in June 2023. pic.twitter.com/05p7SOYMQi— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 11, 2022
Must-Watch Video