Skip to main content

Bola Sepak

Asensio dedah Van Nistelrooy mahu dia beraksi untuk Belanda

13917asensio.jpg
Marco Asensio mendedahkan bekas bintang Real Madrid, Ruud van Nistelrooy, mendekatinya ketika bertugas sebagai penolong jurulatih Belanda dan bertanyakan jika bintang Sepanyol itu berminat untuk menyertai skuad kebangsaan Belanda.

Pemain berusia 21 tahun itu boleh memilih untuk mewakili Belanda kerana ibunya yang berasal dari negara tersebut tetapi pemain sayap Los Blancos itu tidak pernah beraksi dengan mana-mana negara.

Asensio hanya bermain dengan Sepanyol dalam saingan remaja sebelum membuat penampilan sulung skuad senior ketika berdepan Switzerland dengan melakar kemenangan 3-1 pada Mei 2016.

Perkara itu boleh menjadi sangat berbeza jika dia tertarik dengan tawaran Van Nistelrooy itu walaupun Asensio menegaskan dia tidak pernah mengetepikan impiannya bermain untuk Sepanyol.

"Saya menerima panggil daripada Van Nistelrooy untuk beraksi bersama Belanda," kata Asensio.

"Tetapi ia tidak mengubah impian saya untuk mewakili Sepanyol."

Advertisement

Must Watch Video