Kem Liverpool menerima perkhabaran buruk apabila pemain tengah, Arthur Melo, berdepan pembedahan.
Pemain Brazil itu sempat beraksi ketika bertemu Napoli dalam Liga Juara-Juara (UCL) minggu lalu sebelum terlepas pertemuan dengan Rangers, dan laporan The Athletic mendedahkan pemain berkenaan ditimpa kecederaan otot ketika berlatih, awal minggu ini.
Sehubungan itu, pemulihan Arthur dijangka memakan masa empat bulan.
Pemain berusia 26 tahun itu menyertai kelab berkenaan secara pinjaman daripada Juventus dengan yuran sebanyak £4 juta (RM20.5j) pada hari tarikh akhir perpindahan bagi menampung masalah krisis kecederaan di bahagian tengah tetapi setakat ini dia sekadar menikmati 13 minit permainan.