Mikel Arteta mahu melihat peningkatan yang lebih baik daripada Arsenal walaupun mencatatkan enam kemenangan berturut-turut dengan kemenangan 1-0 di tempat lawan ke atas Bodo/Glimt dalam Liga Europa.
Gol Bukayo Saka pada minit ke-24 memberikan The Gunners pendahuluan, tetapi mereka berdepan tekanan dalam separuh masa kedua ketika tuan rumah berusaha mendapatkan gol penyamaan.
Percubaan juara Norway itu untuk mengekalkan rekod 14 kemenangan berturut-turut di tempat sendiri dalam pertandingan Eropah akhirnya ditamatkan pelawat yang berjaya bertahan bagi merekodkan 11 kemenangan dalam 12 perlawanan musim ini.
Bercakap selepas tamat perlawanan, Arteta mengakui pasukannya perlu meningkatkan permainan mereka secara keseluruhan, walaupun mengaku berpuas hati dengan satu lagi kemenangan.
"Saya sangat gembira dengan kemenangan menentang pasukan yang telah memenangi 14 perlawanan terakhir di sini di tempat sendiri," katanya kepada BT Sport.
"Kami menjangkakan aksi yang sukar di sini, dan kami melakukan banyak perubahan sekali lagi, tetapi saya gembira untuk mencari jalan untuk menang.
"Mereka benar-benar pantas dalam pergerakan, sangat bahaya.
"Bagaimanapun, saya tetap gembira, tetapi pada masa yang sama kami perlu banyak memperbaiki diri."

This guy ?#UEL pic.twitter.com/eT59gpqy9n
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) October 13, 2022