Arteta ratapi kegagalan Arsenal pastikan kemenangan
Ammar Hakim
April 17, 2023 08:19 MYT
April 17, 2023 08:19 MYT
Mikel Arteta mengecam kehilangan tujuan Arsenal selepas mendahului 2-0 ketika menentang West Ham dan kemudian melepaskan peluang keemasan untuk memperoleh kemenangan.
The Hammers bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 di Stadium London semalam, dalam keputusan yang merosakkan harapan Arsenal untuk merangkul kejuaraan, dengan Manchester City kini hanya empat mata di belakang dengan satu perlawanan dalam tangan.
Kegagalan Bukayo Saka menyempurnakan sepakan penalti di awal separuh masa kedua menghukum mereka apabila Jarrod Bowen menyamakan kedudukan dua minit kemudian, ketika Arsenal melepaskan kelebihan dua gol dalam dua perlawanan berturut-turut, selepas melakukan perkara yang sama ketika bertemu Liverpool.
Gabriel Jesus dan Martin Odegaard meletakkan The Gunners mendahului 2-0 dalam tempoh 10 minit di West Ham, tetapi Arteta berpendapat pasukannya seakan berpuas hati dengan dua jaringan itu.
"Sangat mengecewakan," kata Arteta.
"Cara kami bermula adalah hebat sekali lagi, kami mengawal sepenuhnya, kemudian kami hilang tujuan.
"Kami memberi mereka harapan, memberikan sepakan penalti, pujian diberikan kepada mereka.
"Prestasi naik turun di mana segala-galanya berlaku.
"Bagaimanapun, kami memerlukan untuk gol ketiga dan keempat, ia gagal dihasilkan."
2+ - Arsenal have given up a two-goal lead in consecutive Premier League games for the first time; they are only the fifth side in the competition's history to do so. Pressure. pic.twitter.com/YTHONCVisJ
— OptaJoe (@OptaJoe) April 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.