Mikel Arteta akui tidak meragui bahawa Aaron Ramsdale beraksi cemerlang apabila kembali diturunkan selepas penjaga gol itu menghalang Brentford daripada mendapatkan jaringan.
Gol awal Reiss Nelson memastikan kemenangan 1-0 Arsenal di Stadium Komuniti Gtech untuk mara ke pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi tadi.
Ramsdale melakukan dua aksi menyelamat cemerlang dalam separuh kedua perlawanan, di mana dia menafikan peluang 'The Bees' untuk kembali mendapatkan rentak dalam perlawanan itu.
Ramsdale sebelum ini diketepikan dalam tiga perlawanan terakhir, termasuk dalam Derby London menentang Tottenham pada Ahad lalu yang berakhir dengan keputusan seri 2-2, di mana Arteta lebih memilih untuk menurunkan David Raya, pemain yang ditandatangani daripada Brentford musim panas lalu.
Peminat The Gunners juga bersorak nama Ramsdale sebelum sepak mula perlawanan itu dan Arteta berkata: "Pastinya dia seorang yang luar biasa di posisi itu, terutama dengan situasi ketika berkenaan.
"Kami sayangkan dia, itu sudah pasti. Kami kenal watak peribadinya dan apa yang dibawanya dalam pasukan ini. Setiap pemain sangat penting. Hari ini, dia berpeluang untuk beraksi dan menunjukkan permainan yang sangat menakjubkan.
"Saya sangat gembira. Ia adalah dua bahagian perlawanan yang amat berbeza. Mereka lebih agresif dalam separuh kedua dan ia menjadi permainan yang sukar.
"Apabila kami tidak bermain dengan baik, ketika itu kami perlukan beberapa blok besar di dalam kotak dan kami dapat melakukannya."
Gol kemenangan itu terhasil hanya selepas lapan minit perlawanan gara-gara kesilapan hantaran Mathias Jorgensen kepada Ethan Pinnock.
Eddie Nketiah kemudian memanfaatkan kesilapan itu untuk membuat hantaran kepada Nelson, yang mengelak terjahan Nathan Collins sebelum melakukan penyudah melepasi Mark Flekken.
Aksi Brentford bertambah baik dalam separuh masa kedua tetapi kecewa apabila Ramsdale menepis rembatan Yoane Wissa melepasi palang.
"Saya tidak nampak yang kedua tetapi saya dapat lihat yang pertama. Ia adalah aksi menyelamat yang hebat dan penting bagi kami untuk memenangi perlawanan ini," tambah Arteta.