BOLA SEPAK

Arteta masih miliki pejuang untuk Arsenal

Ammar Hakim 23/12/2020 | 01:34 MYT
Mikel Arteta yakin dia mempunyai semangat juang dalam skuad Arsenal yang akan membolehkan Gunners bangkit untuk mengubah nasib mereka dalam saingan domestik.
Arsenal tidak pernah menang di luar saingan Liga Europa (UEL) sejak 1 November, di mana mereka mengatasi Manchester United di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Penyandang juara Piala FA itu telah tewas lima daripada tujuh perlawanan liga dan awal pagi tadi mereka telah tersingkir daripada saingan Piala EFL Cup oleh Manchester City, dengan skuad kendalian Pep Guardiola menang 4-1 di Stadium Emirates.
Ia merupakan kali pertama Arsenal dibolosi empat di laman sendiri sejak November 1998, ketika tewas 5-0 kepada Chelsea.
Dengan Arsenal menghuni tangga ke-15 liga -- empat mata di atas zon penyingkiran -- Arteta kini perlu menyediakan pemain untuk perlawanan berdepan Chelsea, Brighton and Hove Albion dan West Brom.
Pengurus Gunners, Arteta, beberapa perlawanan akan datang ini akan menentukan nasib Arsenal, tetapi menegaskan dia meletakkan kepercayaan terhadap pemain-pemainnya.
"Sukar untuk menerima keputusan perlawanan ini. Tahap kemampuan lawan ini, apabila anda mudah memberikan peluang kepada mereka, sukar untuk kekal bersaing," kata Arteta kepada Sky Sports.
"Banyak perkara aneh berlaku di setiap permainan dan itu menjadikan keadaan menjadi sukar."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami perlu mengubah situasi ini -- tiada soalan mengenai perlawanan kerana kami perlu memutuskan nasib pasukan bagi musim ini.
"Berdasarkan apa yang kami tunjukkan malam ini terhadap lawan yang sukar, saya mempunyai pejuang dalam pasukan saya. Ya, saya mempunyai pejuang. "
;