Arteta dalam dilema selepas belasah Crystal Palace
Shaiful Shamsudin
Disember 22, 2024 09:06 MYT
Disember 22, 2024 09:06 MYT
PALACE 1 ARSENAL 5
Mikel Arteta cukup bimbang dengan kecederaan hamstring yang dialami Bukayo Saka ketika Arsenal menewaskan Crystal Palace 5-1, awal pagi tadi.
Pemain sayap England itu dipaksa keluar pada minit ke-24 dan kemudiannya meninggalkan Stadium Selhurst Park dengan bertongkat.
Ia adalah isu hamstring kedua yang dialami oleh Saka musim ini yang terlepas beberapa minggu ekoran kecederaan sama dalam tugasan antarabangsa pada Oktober lalu.
Pemain berusia 23 tahun itu juga mengalami kecederaan kaki pada Mei lalu yang menyebabkan dia tidak dapat diturunkan dalam perlawanan terakhir Arsenal menentang Everton dalam kempen 2023-24.
Dan Arteta tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya terhadap kemunduran terbaru Saka itu.
"Dia berasakan sesuatu di hamstringnya, dia tidak dapat meneruskannya," kata pengurus The Gunners itu.
With us from the beginning to the end ❤️ Incredible away support again, Gooners ? pic.twitter.com/0MViWOCGRf
— Arsenal (@Arsenal) December 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Dia perlu dinilai, jadi saya sangat bimbang tentang perkara itu.
"Sangat sukar untuk mengulas tahap kecederaannya sekarang. Ia berlaku di kaki yang sama. Saya tidak tahu sejauh tahapnya lagi."