Skip to main content

Bola Sepak

Arteta cabar 'ubi muda' Arsenal tembusi skuad utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arteta.jpg
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, mencabar pemain muda Arsenal meletakkan diri mereka dalam perebutan empat dalam pasukan utama musim depan selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika berdepan AC Milan semalam.

Arsenal memulakan siri jelajah pramusim mereka ke Asia dengan kemenangan 1-0 menewaskan AC Milan di Singapura hasil jaringan Bukayo Saka yang menjadi watak penting pada minit ke-53.

Ketika pemain baru masuk seperti Martin Zubimendi, Christian Norgaard and Kepa Arrizabalaga melakukan debut pertama buat The Gunners, antara pemain muda yang mula mempamerkan taring adalah Mac Dowman dan Marli Salmon yang baru berusia 15 tahun.



 
Malah, Arsenal menamatkan perlawanan dengan tujuh pemain akademi di atas padang termasukack Nichols, Myles Lewis-Skelly, Ethan Nwaneri, Saka dan Reiss Nelson.

"Saya sangat gembira dengan mereka. Saya rasa mereka mampu bermain di peringkat itu pada usia 15 tahun. Pada pandangan saya ia kerana persekitaran dan budaya yang ada dalam pasukan.

"Kami tahu mereka semua pemain muda. Mereka sentiasa berada dalam dan di sekeliling pasukan dan mereka sedang membiasakan diri dengan dinamik dan tuntutan.

"Terutamanya dalam meningkatkan tahap fizikal." katanya.

Advertisement

Must Watch Video